Pages

Tuesday, 15 November 2011

Francaisi

Apa itu francaisi?
  • Francaisi Induk ialah seseorang yang diberi hak oleh pemberi francais untuk mensubfrancaiskan kepada orang lain, atas perbelanjaannya sendiri, francais kepunyaan pemberi francais itu.

Kebaikan:-

  • Risiko perniagaan yang lebih rendah
  • Peluang memasarkan barangan atau perkhidmatan yang diterima ramai
  • Faedah ekonomi bidangan
  • Bimbingan pengurusan perniagaan yang cekap
  • Khidmat sokongan yang berterusan daripada Francaisor, agensi kerajaan dan institusi kewangan
Syarat-syarat Penyertaan Sebagai Francaisor :-

  • Individu (Permohonan daripada syarikat boleh dipertimbangkan dengan syarat sekurang-kurangnya 70% ekuiti syarikat hendaklah dipegang oleh pemohon)
  • Sekurang-kurangnya 30% daripada kos projek dibiayai oleh pemohon tanpa melibatkan pinjaman kewangan
  • Mengenalpasti premis atau lokasi yang sesuai dan strategik
  • Mempunyai perancangan perniagaan bagi tempoh sekuran-kurangnya 3 tahun.

Syarat-syarat Penyertaan Sebagai Francaisor

  • Produk yang hendak difrancaiskan telah kukuh dan diterima ramai
  • Mempunyai dokumen penzahiran yang lengkap dan komprehensif
  • Terdapat buku panduan atau manual operasi yang terperinci dan lengkap
  • Program latihan yang lengkap dan berterusan
  • Sistem perakaunan yang seragam
  • Khidmat nasihat teknikal mengenai peralatan dan kesesuaian lokasi
  • Menyediakan khidmat pengawasan bagi memastikan penghasilan produk & perkhidmatan adalah berkualiti dan seragam
  • Mempunyai perancangan perniagaan yang menyeluruh

Apa itu Francais?

Definisi:

  • Francaisor ialah orang yang memberikan francais kepada pemegang francais dan termasuk pemegang francais induk berkenaan dengan hubungannya dengan pemegang sub-francais.

Kebaikan:

  • Berpeluang meluaskan perniagaan tanpa penggunaan modal sendiri
  • Faedah ekonomi bidangan
  • Perkongsian risiko
  • Mengurangkan masalah pengurusan sumber manusia
  • Mendapat maklumbalas perniagaan yang lebih luas
  • Lebih tumpuan kepada kerja-kerja Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)